Rabu, 26 Januari 2011

penulis novel





Saya tahu ramai di antara kita bercita-cita ingin menulis novel. Tetapi sayangnya, ramai yang sudah mencuba tetapi akhirnya terbengkalai di pertengahan jalan. Banyak masalah timbul kerana tiada pengalaman dan tiada persediaan sebelum menulis.

Akibatnya, impian itu terpadam begitu sahaja dan menganggap kerja menulis novel satu kerja yang merumitkan. Tetapi apabila melihat ramai penulis novel lahir satu persatu dan novel mereka mendapat tempat di pasaran, mulalah timbul rasa cemburu.

Anda tidak perlu risau. Anda juga mampu mengikuti langkah mereka. Mereka telah membuat persediaan rapi sebelum menulis novel. Sebab itulah mereka tidak menghadapi banyak masalah ketika menulis novel


Menulis novel tidak cukup dengan hanya duduk menghadap laptop atau komputer dan terus menulis. Setakat menulis satu atau dua halaman mungkin tidak menjadi masalah. Tetapi menghasilkan novel memerlukan 300 atau 400 lebih halaman. Mampukah anda melakukannya tanpa pengetahuan yang mencukupi?

Ia merangkumi semua aspek penulisan novel seperti plot, perwatakan, fungsi bab awal, pertengahan dan akhir dan sebagainya. Maklumat yang disediakan walaupun ringkas tetapi padat dengan ilmu.” 

Di antara tip dan panduan yang terdapat di dalam ebook ini ialah:

• Mencipta konflik dalam novel
• Tip menulis sinopsis yang baik
• Menulis nama dan watak sebenar
• Panduan menulis sinopsis yang baik
• Menulis nama dan watak sebenar
• Fungsi bab awal novel
• Emosi penulis pengaruhi tulisannya
• Kepentingan sub plot
• Strategi menulis novel
• Menseimbang rentak penulisan
• Memilih tema novel
• Teknik Menulis novel untuk sayembara
• Kepentingan latar dan masa
• Mengelak ketandusan idea dan banyak lagi tip-tip menarik.

Semoga anda berjaya menjadi seorang penulis novel satu hari nanti. Mudah-mudahan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan